MAKAN MALAM DI THE WINDMILL STATION SEREMBAN GATEWAY | Hari ini saya nak kongsi pengalaman makan malam di sebuah restoran yang agak popular di Seremban iaitu The Windmill Station. Saya sudah beberapa kali makan di sini tetapi ini kali pertama saya kongsi cerita dalam blog ini.
Seremban Gateway |
Saya makan di sini pada bulan Disember tahun lalu selepas pulang dari menghantar mama membuat urusan di Public Mutual Seremban.
Dutch wooden shoe |
Sebelum masuk ke restaurant terdapat satu terompah Belanda (Dutch clog atau wooden shoes) besar berwarna kuning. Saiznya agak besar hingga saya pun boleh masuk ke dalam terompah itu..
Wallpaper |
Saya suka hiasan dalaman restaurant ini kerana bercirikan negara Belanda terutama sekali wallpaper dalam restaurant ini.. Wallpaper ini menunjukkan pemandangan Herengracht canal (saya rujuk di Google), sebuah bandar tarikan pelancong di Amsterdam, ibu negara Netherlands. Pemandangan di wallpaper dah nampak cantik apatah lagi kalau kita berada di sana.. Mesti best..
It's me |
Sementara tunggu makanan yang dipesan tiba, saya suka membelek handphone, melihat posts kenalan di Facebook sambil bersembang dengan ibu dan bapa di kerusi hadapan.
Mushrooms soup |
Ini menu starter iaitu mushroom soup dan garlic bread tapi saya panggil roti keras, hehehe
Western food |
Ini menu saya.. Banyak sangat portion dia.. Saya pesan menu ini sebab macam-macam ada.. Satu hidangan lengkap semua, ada cheese, jagung rebus, coleslaw, bacon, nanas, bawang Holland, carrot , baby tomatoes, salad dan potatoes.. Semua itu makanan kegemaran saya.
Nasi goreng with chicken fillet |
Ini hidangan papa saya. Papa suka makan nasi goreng. Kali ini nasi goreng special sebab ada fillet ayam goreng dan salad.
Spaghetti carbonara & chicken chop |
Mama pula memesan spaghetti carbonara bersama chicken chop.
Sesiapa datang ke Seremban boleh singgah makan di The Windmill Station.. Sepanjang pengalaman saya makan di sini, semua makanan yang ada sedap-sedap belaka. Restaurant ini sesuai untuk semua golongan dan lapisan masyarakat. Sudah pasti sesuai juga untuk seisi keluarga..
Ini saya |
Selesai makan saya berjalan-jalan di sekitar Seremban Gateway. Bila ada deco menarik saya suka ambil gambar sebagai kenangan untuk dimuatnaik dalam social media..
Pengalaman begini sangat menarik dan saya akan ingat sampai bila-bila..
Akhir kata, terima kasih sudi baca post saya.
Hasil tulisan,
Akak selalu order fried chicken chop atau spaghetti meatball kalau makan di Windmill.
ReplyDeleteNext visit boleh cuba menu fried chicken chop dan spaghetti meatball pula.
DeleteThanks sis sebab bagi suggestion.