![]() |
Setia City Mall |
![]() |
Sukiya Tokyo Bowls & Noodles |
Mula-mula masuk restoren ni terus tengok menu yang dipaparkan.. Saya macam - "Eh... restoren ni biar betul, nampak high-end tapi harga.."
Tak padan menu dengan harga, macam tak percaya, tapi percayalah.. Harga bermula dari RM10.00++ dan menu dia mudah faham, straightforward sekali dengan harga. Apa yang kita tengok di menu itulah yang kita dapat.
![]() |
Menu Sukiya |
Status HALAL Malaysia
Sukiya di Malaysia beroperasi dengan pemantauan halal JAKIM. Mereka telah mengambil langkah untuk memastikan semua bahan mentah yang digunakan adalah halal dari pembekal yang diiktiraf. Mereka juga berusaha untuk mendapatkan sijil halal untuk setiap cawangan mereka. Jadi kepada kita sebagai Muslim, bolehlah makan tanpa was-was.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk: sukiya.my/halal_policy![]() |
Gyudon |
![]() |
Unagi Don |
![]() |
Set ala-carte |
![]() |
Family set |
![]() |
Minuman |
Menu & Pilihan
Sukiya terkenal dengan hidangan Gyudon (nasi dengan daging lembu), tetapi mereka juga menawarkan pelbagai pilihan lain seperti:
- Unagi Don – nasi dengan belut panggang.
- Tokyo Ramen – mi Jepun dengan pelbagai pilihan topping.
- Volcano Chili Ramen – untuk yang sukakan pedas.
Harga purata untuk satu hidangan utama adalah sekitar RM15–RM30, menjadikannya pilihan yang berpatutan untuk makanan Jepun berkualiti.
![]() |
Order table no. 3 |
Menu Pilihan: Spicy Ontama Gyudon size S
Saya cuba Gyudon – nasi Jepun dengan hirisan daging lembu. Daging dia lembut, tak liat langsung, dan kuah dia sedap meresap sampai ke nasi. Nasi pula beras sushi jadi cepat kenyang.
![]() |
Menu yang dipesan |
Tip: Kalau anda suka pedas, cuba Volcano Ramen – memang level pedas berapi!
Jom kita close-up satu-persatu makanan yang saya pesan..
![]() |
Spicy Ontama Gyudon |
![]() |
Gyudon |
Kombinasi dengan nasi panas memang puas hati. Servis juga pantas dan mesra.
![]() |
Miso sup dan tembikai |
![]() |
Japanese pickles - acar kubis |
![]() |
Deep fried chicken gyoza & miso up set |
Ini pula pesanan my parents..
![]() |
Chicken Katsu Curry |
Untuk minuman, saya pilih cold green tea dan versi panas. Simple, tapi cukup kenyang.
![]() |
Hot green tea |
Pengalaman Peribadi
Walau pun baru pertama kali saya makan di sini tapi saya suka kerana:
- Harga mampu milik untuk makanan Jepun asli.
- Servis cepat & mesra pelanggan.
- Sesuai untuk makan santai, sendiri atau bersama keluarga.
- Pilihan makanan mesra Muslim.
- Dekat dengan mall dan boleh shopping.
Lokasi
Sukiya Tokyo Bowls & Noodles
Lot LG-166, Setia City Mall,
No. 7, Persiaran Setia Dagang,
Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Sebelum saya mengakhiri blog post kali ini, saya nak main teka-teki. Kepada pembaca yang dapat meneka berapa harga makanan saya sekeluarga makan di sini, saya akan bayar pembaca yang dapat meneka dengan tepat atau jumlah paling hampir dengan harga makanan yang saya makan di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles.. Nama pemenang dengan jawapan akan disiarkan dalam blog akan datang.
Okay, siapa suka makanan Jepun atau ada pengalaman makan di Sukiya boleh kongsi pengalaman di ruangan komen. Kongsi juga menu kegemaran anda.. atau boleh cadangkan restoren Jepun halal lain yang mesti saya cuba.. Akhir kata, terima kasih kerana sudi singgah di blog ini..

Cari lokasi tak ada pula di Pulau Pinang, menarik untuk dicuba ni.
ReplyDeletePakai daging Australia walaupun kedai Jepun.
ReplyDeletePuas cari harga pickles. Mungkin masuk dalam set. Saya kira RM40.20.
Saya pernah coba sukiya saat di Tokyo dan Osaka. Enaaak, tp yg di Jakarta dan KL malah belum pernah 😄. Yalaah, kalo ke KL saya pasti cari makanan khas Malaysia. Agak jarang makan yg berasal dr negara lain. Nanti nak coba sukiya yg di jakarta saja 😁
ReplyDeletetak pernah sampai lagi setia city mall ni...
ReplyDeletenanti sy rekemen kpd anak sy yg study kat UiTM Shah Alam tu. Harap dia suka...
ReplyDeleteSaya teka dalam Rm56 macam tu..sebab satu set pon dah berbelas ringgit
ReplyDelete