A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Thursday, October 3, 2019

GATSBY Styling Pomade Minyak Rambut Pilihan Saya

GATSBY STYLING POMADE MINYAK RAMBUT PILIHAN SAYA | Hari ini saya ingin menulis blog post tentang minyak rambut yang saya guna pakai dan jenama minyak rambut saya. Memandangkan Saya sudah lama ingin memiliki pomade jadi saya berusaha menyimpan duit belanja sekolah saya. Selama ini saya guna minyak rambut biasa.

GATSBY Styling Pomade

Pembaca tahu apa itu pomade?  Pomade ialah sejenis minyak rambut pekat yang berasaskan wax. Apa yang saya tahu ada pomade dari water base atau oil base. Saya suka jenis water base kerana ia tidak melekit. Rambut saya tebal dan kulit kepala saya mudah berminyak jadi tak sesuai menggunakan pomade atau minyak rambut dari oil based formula.

GATSBY Pompadour Supereme Hold Pomade

Sebelum ini, saya tidak dibenarkan membeli minyak rambut mengikut citarasa dan pilihan sendiri kerana guna duit mama. Berbeza kali ini mama setuju apabila saya kata nak beli pomade hasil duit  simpanan dari belanja sekolah yang saya simpan.

GATSBY Styling Pomade
Selepas pulang dari sekolah, mama membawa saya ke Watsons. Saya boleh pilih pomade yang saya sukai. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga matlamat saya untuk memiliki minyak rambut ini.
Jenis super hold

Pomade yang saya beli ini jenama GATSBY. Saya pilih jenis Supreme Hold Volume & High. Ia berharga RM16.90. Saya suka pomade dari water based formula berbanding oil based. Pomade ini dari water base, walaupun texture pekat tapi senang dicuci.

Imported by MANDOM (MALAYSIA) SDN BHD

Jika saya baca maklumat dari label GATSBY Styling Pomade Supreme Hold ini dikeluarkan oleh sebuah kilang di Indonesia, diimport oleh Mandom (Malaysia) Sdn Bhd dan mendapat lesen dari Mandom Corporation Japan.

Apabila saya memakai pomade, saya mudah membentuk rambut saya supaya kelihatan kemas dan sentiasa nampak rapi. Saya sangat berpuas hati dengan pomade ini.

Sekian, terima kasih kerana sudi baca entry ini... 



Share:

Related Posts:

0 Comments:

Post a Comment

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Visitors

A visitor from Moscow viewed 'Cabaran Memohon Kad Pengenalan Ketika Pandemic Cov' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Cabaran Memohon Kad Pengenalan Ketika Pandemic Cov' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Ampang viewed 'Review Jujur Seoul Garden Korbi Grill @ MyTown ~ T' 7 days 9 hrs ago
A visitor from Johor bahru viewed 'GATSBY Styling Pomade Minyak Rambut Pilihan Saya ~' 8 days 17 hrs ago
A visitor from Jakarta viewed 'Review Laverland Crunch Crispy Seaweed Snack, Seda' 11 days 7 hrs ago
A visitor from Kota bharu viewed 'Kedai Tayar Murah Di Bukit Kemuning, Shah Alam ~ T' 11 days 11 hrs ago

Popular Posts

Copyright © 2025 The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com