REVIEW DOMINO’S PIZZA BOXKU | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ini.. Blog post kali ini saya akan review Domino's Pizza BoxKu. Selasa lalu saya tidak dapat hadir ke sekolah, cuti sakit sebab demam panas. Sekitar pukul 3.30 petang saya lapar.. Saya juga perlu makan ubat. Saya beritahu mama, saya teringin makan Domino’s pizza.. Kebetulan sebuah outlet Domino's Pizza baru dibuka di Sendayan Merchant Square iaitu berhampiran rumah saya.
![]() |
Domino’s Pizza BoxKu |
Kami order Domino’s Pizza secara dalam talian.. Ada set BoxKu iaitu sekeping personal pizza dan side order.
![]() |
Domino’s Pizza BoxKu |
Mama pesan 1 set BoxKu, 1 set pizza dan add on chicken wings bbq. Selepas pesanan dibuat saya rasa excited dan tak sabar menunggu pesanan dihantar ke rumah. Sejurus makanan tiba, bau pizza dan chicken wings menusuk hidung membuatkan perut semakin lapar.
![]() |
Pesanan dalam talian |
Wahhhh menarik.. Melting cheese sangat menyelerakan..
![]() |
Aloha chicken pizza |
Kami pesan pizza jenis Aloha Chicken dan Prawn Sensation..
![]() |
Prawn Sensation Pizza |
Semua sedap terutamanya chicken wings iaitu makanan kegemaran saya. Rempah dari chicken wings Domino's Pizza sangat strong dan tidak rasa hanyir.
![]() |
Chicken wings BBQ |
Setakat ini semua makanan yang dipesan dari Domino’s Pizza menepati citarasa saya. Harga pesanan set BoxKu juga sangat jimat.. So sesiapa suka pizza atau chicken wings boleh cuba di Domino’s Pizza.. Rasa sendiri baru puas hati, betul tak?
Okay setakat ini sahaja post saya.. Jumpa lagi di lain cerita..
Regards,

semuanyaaaaa sedap sedap belaka...lama jg laa sy x makan domino's ni...tggu gaji laa ;-)
ReplyDeleteSekarang kalau tak silap Dominos Pizza antara makanan kena boikot.. Kesian pada Palestinians..
DeleteBelum pernah try lagi menu Boxku ni. Biasanya beli yang size regular atau large sekali sekala untuk seisi keluarga. Memang suka Domino berbanding jenama2 lain. Cuma harga macam dah naik sikit sekarang ni.
ReplyDeleteTak pasti masih ada atau tidak promo Boxku ini.. Saya lama tak makan Dominos since ada dalam senarai boikot.
DeleteAlamak air terliur merembes tengok makanan.
ReplyDeleteSudah tentu sebab pizza sedap, hehehe
Delete