A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Showing posts with label Football Boots. Show all posts
Showing posts with label Football Boots. Show all posts

Tuesday, October 1, 2019

Tercapai Impian Memiliki Boot Neymar Jr.

TERCAPAI IMPIAN MEMILIKI BOOT NEYMAR JR. | Saya suka bermain bola sepak. Tahun lepas saya tak berkesempatan menyertai akademi bola sepak. Apabila ada perlawanan bola sepak antara rakan sekelas, saya selalu rasa rendah diri disebabkan tiada skill bermain bola. Bila saya cerita kepada mama saya, mama saya pun kata saya boleh join akademi bola sepak yang dianjurkan oleh S2FC. Saya pernah cerita di entry ini.

Tahun ini saya sertai akademi bola sepak secara serius untuk mengasah bakat saya. Saya ingin memantapkan lagi skill permainan bola sepak. Kalau ada rezeki boleh wakil pasukan sekolah. Itu  hanya matlamat saya dan ianya bergantung kepada ketentuanNya.

Nike Puro Fenomeno boot

Semasa latihan bulan lalu, saya dapat rasa kasut bola saya sudah sempit. Sebelum ini saya ada kongsi cerita Misi mencari kasut bola. Malangnya kasut bola design terbaru Nike Silencio by Neymar Jr. tak sesuai dengan bentuk kaki saya. Sedih sebab tak dapat beli..  Saya teruskan pencarian dengan melayari website Nike.

Pada 8 April 2019, ibu bapa saya bawa saya ke aL-ikhsaN cawangan Bangi. Saya terpandang kasut ini. Warna pun cantik dan warna biru adalah warna kegemaran saya. Ini design lama pada ketika itu saya tak tahu sama ada masih ada di pasaran atau tidak. Kasut ini bernama Nike Puro Fenomeno.

Kasut bola Neymar

Apa yang best tentang kasut ini ialah di sebelah kaki kiri saya ada tulisan kecil bernama Ousadia manakala di sebelah kaki kanan tulisan kecil Algeria yang bermaksud Daring and Joy. Bahagian belakang pula ada tulisan Neymar. Saya beli boot ini berharga RM69.00 kerana ada diskaun. Harga asal ialah RM147.00. Jimat banyak sekurang-kurangnya tak membebankan papa saya.

Bergaya dengan kasut bola baru, Nike Puro Fenomeno

Sebenarnya saya mahu membeli boot 'Predator' 19.2 FG tetapi bila belek-belek semua boot ternampak boot ni terus minat, jadi saya pun beli. Alhamdulillah rezeki saya. Boot impian saya selepas ini ialah boot Nike Mercurial Vapor 13 Neymar atau dikenali sebagai 'Speed Freak'. Ianya hanya impian sebab mama kata next year berhenti dari S2FC kerana saya mesti beri tumpuan kepada peperiksaan UPSR. Begitulah kisah sadis, gantung boot la saya nanti.

Okay sampai sini sahaja post kali ini. Hingga berjumpa lagi dalam post akan datang.
Terima kasih sudi baca.


Regards,



Share:

Saturday, July 6, 2019

Misi Mencari Kasut Bola Idaman

MISI MENCARI KASUT BOLA IDAMAN | Dalam entry sebelum ini saya ada beritahu tentang kasut bola idaman saya iaitu Nike Silencio by Neymar Jr. Hari ini saya nak cerita throwback semasa saya mencari kasut bola tersebut. Petang itu selepas papa saya balik dari tempat kerja, saya terus ke aL-ikhsaN Sports cawangan Seremban 2..

aL-ikhsaN cawangan Seremban 2

Sampai sahaja di aL-ikhsaN Sports jurujual di sana menunjukkan tempat pameran dan jualan kasut bola iaitu di tingkat atas. Saya pun dengan rasa tak sabar terus meluru ke tingkat 2.

Nike Silencio Neymar Jr

Inilah kasut bola idaman saya.. Harga bukan RM180.00 seperti yang saya sangka tetapi RM229.00 selepas diskaun. Budget duit raya saya cuma RM100.00.. Mama janji nak tambah RM100.00 sahaja. Masih kurang RM29.00 jadi saya kena minta papa, hehehehe

Kasut bola Nike Silencio Meymar Jr.

Saya minta saiz EUR35.. Sementara jurujual mencari saiz saya pun membelek kasut bola itu.. Sangat cantik dan saya teruja sebab kasut bola idaman di tangan saya..

Mencuba saiz

Tak lama selepas itu jurujual membawa kasut bola mengikut saiz saya minta.

Mencuba saiz kasut bola Nike Silencio Neymar Jr

Saya pun mencuba kasut bola itu.. Terasa selesa dipakai tetapi malangnya tak sesuai dengan bentuk kaki saya. Rekebentuk kasut bola itu bulat di bahagian atas manakala kaki saya kurus.. Saya rasa kecewa kerana kasut bola itu tidak sesuai dengan saya. Saya tak dapat beli kasut bola idaman saya.

Saya pun mencari kasut bola lain dan terpandang kasut bola bewarna kuning ini.. 

Nike Superfly 6 Academy GS MG Football Boots

Saya memujuk mama untuk membeli kasut bola ini sebagai ganti tetapi mama beritahu kasut bola sedia ada masih boleh digunakan lagi dan jangan membazir.. Simpan sahaja duit raya saya dalam akaun simpanan. Saya akur dengan nasihat mama walau hati rasa kecewa tetapi ianya untuk kebaikan saya pada masa hadapan..

Nike Jr. Mercurial Vapor XII Academy Younger

Ini pula kasut bola seperti saya ada tetapi warna sahaja yang berlainan.

Begitulah cerita saya semasa di aL-ikhsaN Sports..


Regards,


Share:

Saturday, June 29, 2019

Kasut Bola Idaman Saya : Nike Silencio Neymar Jr.

KASUT BOLA IDAMAN SAYA : NIKE SILENCIO NEYMAR JR | Entry kali ini saya ingin kongsi tentang kasut bola idaman saya. Kasut bola itu dari jenama Nike jenis Silencio Neymar Jr. Kasut ini berharga lebih kurang RM180.00. Jika kita beli kasut ini kita akan dapat hadiah beg Neymar Silencio.


Nike Silencio Neymar Jr

Saya suka kasut bola ini kerana material dalam kasut sangat lembut, berkualiti dan warnanya sangat menarik. Kasut ini telah direka oleh pemain bola sepak terkenal iaitu by Neymar Jr.

Saya perlu bersabar untuk memastikan impian ini menjadi kenyataan.


Regards,



Share:

Saturday, June 22, 2019

Koleksi Kasut Bola Kesayangan Saya

KOLEKSI KASUT BOLA KESAYANGAN SAYAHari ini saya ingin menulis tentang kasut bola atau football boots kesayangan saya. Saya masih ingat ketika itu usia saya 5 tahun. Saya dan keluarga berjalan-jalan di Paradigm Mall Kelana Jaya. Papa membawa saya masuk ke sebuah kedai (nama kedai tak ingat) di mana kedai tersebut menjual kasut berjenama pada harga mampu milik. 

Kasut Bola Kesayangan Saya
Papa menawarkan saya sepasang kasut bola kerana cantik dan sesuai untuk saya. Pada usia itu saya tak tahu pilih kasut apa kesukaan saya. Saya pun suka bila papa beli kasut baru dan kasut bola itu juga cantik. 

KASUT BOLA PERTAMA : CHAMPION SOCCER CLEAT FOOT CRAMPONS

Champion Soccer Cleat Foot Crampons
Inilah kasut bola yang saya maksudkan ialah kasut bola pertama saya. 

Champion Soccer Cleat Champons - Blue Azul Bleu
Champion Football Boots size EUR 31
Kasut bola ini jenama Champion bernama Soccer Cleat Champons - Blue Azul Bleu saiz EUR 31. 

Champion Soccer Cleat Foot Crampons

Kasut ini saya tidak pernah pakai hingga saiz kaki saya tidak muat. Maka saya simpan jadikan sebagai kenangan.

KASUT BOLA KEDUA : NIKE MERCURIAL JR VAPOR 12

Ini pula boot saya yang kedua jenama Nike jenis Mercurial Jr Vapor 12. 

Nike Mercurial Jr Vapor 12 Club
Saya masih ingat ketika itu saya terpilih untuk bermain bola di peringkat sekolah tetapi malangnya coach tidak memilih saya untuk ke peringkat seterusnya. Saya agak kecewa tetapi mama memberitahu saya supaya terus berusaha. Saya tidak terpilih kerana tiada skill bermain bola sepak. Jadi mama mengambil keputusan untuk menghantar saya menyertai Kelab Bolasepak Seremban 2 (S2FC) iaitu sebuah akademi pembangunan bolasepak akar umbi (grassroots football academy) yang diterajui oleh pasangan kembar pemain bola sepak kebangsaan iaitu Aidil Zafuan & Zaquan Adha.

Saiz EUR 36.5
Kasut ini saya beli di aL-ikhsaN Sports cawangan Seremban 2. Saya pakai saiz EUR 36.5.

Nike Mercurial Jr Vapor 12 Club 
Saya guna kasut ini hingga sekarang sepanjang latihan bolasepak di akademi tersebut. Kasut ini tahan lasak dan masih selesa walaupun sudah 8 bulan digunakan.

 Saya suka kasut bola ini kerana cantik dan ianya dipakai oleh Cristiano Ronaldo (CR7).

Cristiano Ronaldo and his Nike Mercurial Vapor
Ini pula saya bukan Neymar Jr tau, opss perasan, hehehe

Sekian sahaja cerita tentang kasut bola saya. Dalam entry akan datang saya akan cerita tentang kasut bola idaman saya. Kita jumpa lagi dalam entri akan datang.

Rujukan kasut bola : Football-Boots



Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com