A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Sunday, October 25, 2020

Kuiz BSN Celik Kewangan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Pada hari Jumaat (23 Oktober 2020) lalu, guru kelas saya iaitu Cikgu Fizah ada menghantar mesej melalui WhatsApp Group menyuruh para pelajar menyertai kuiz yang dianjurkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Kuiz tersebut berkenaan pengurusan wang dalam kehidupan. Kategori ini terbuka kepada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Oleh itu, sebentar tadi saya baru sahaja menjawab kuiz Celik Kewangan anjuran daripada BSN tersebut. Saya dapat tahu kuiz ini daripada guru kelas.

Apa yang saya perlu buat untuk menyertai kuiz ini?

Video BSN Celik Kewangan


Mula-mula saya dikehendaki menonton video Celik Kewangan di YouTube youtube berdurasi 4:32. Video tersebut memberi informasi mengenai pengurusan kewangan ideal. Selesai menonton video Celik Kewangan tersebut, saya dikehendaki menjawab sebanyak 10 soalan kuiz berdasarkan video tersebut. 

Saya agak berdebar semasa mula-mula menjawab kuiz tersebut kerana bimbang akan gagal.

Keputusan Kuiz BSN Celik Kewangan

Akhirnya, saya berjaya menjawab semua soalan dengan betul, syukur alhamdulillah. Guru kelas saya menyuruh suruh para pelajar menyertai membuat kuiz ini supaya dapat disenaraikan untuk menyenaraikan di dalam buku Pentaksiran Awal Jasmani, Sukan dan Kokorikulum (PAJSK). Ia dianggap sebagai salah satu daripada program kokurikulum.

Sijil Penyertaan Kuiz BSN Celik Kewangan

Ini adalah sijil penyertaan saya untuk diberi kepada guru kelas. Okay sampai di sini sahaja post blog saya kali ini.

Terima kasih sudi baca. 


Regards,



Share:

4 comments:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com