A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Saturday, April 18, 2020

Pencarian Bloglist By Aisyhah Nyais

PENCARIAN BLOGLIST BY AISYHAH NYAIS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Hari ini saya ingin sertai segmen Pencarian Bloglist by Aisyhah Nyais. Kebetulan saya masih belum follow blog beliau. Saya gembira kerana tambah lagi seorang kenalan blog ini. 

Ini merupakan blog saya yang baru. Penyertaan saya terdahulu di blog Redza Channelz. 

 Pencarian Bloglist By Aisyhah Nyais
Segmen Pencarian Bloglist By Aisyhah Nyais

Syarat-syarat sertai segmen ini seperti berikut:

1. Follow blog Aisyhah  Nyais
2. Copy banner di atas dan paste ke dalam blog entri segmen anda
3. Komen di entry DI SINI dengan url penyertaan anda
4. Tag rakan bloggers minimum 3 orang *wajib

Saya tag :


Sebanyak 10 blog akan dipilih oleh sis Aisyhah Nyais dan akan disenaraikan dalam blog beliau.

Siapa berminat boleh join segmen ini sebelum 23 April 2020
Mari kita beri sokongan kepada rakan blogger ini.



Regards,



Share:

Friday, April 17, 2020

UPSR 2020 Dibatalkan Ulangkaji Diteruskan

UPSR 2020 DIBATALKAN ULANGKAJI DITERUSKAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua pembaca. Pengumuman pembatalan peperiksaan UPSR & PT3 tahun ini diumumkan semalam oleh Menteri Pendidikan (Kanan) Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin. Bila tanya apa perasaan saya? Tak tahu nak kata suka atau tak tapi saya tetapkan usaha dan terus bersemangat untuk belajar. Saya dah janji kepada ibu bapa saya untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Rutin harian semasa perintah kawalan pergerakan

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, cikgu saya juga tak henti-henti memberi tugasan kepada pelajar. Cikgu menggunakan applikasi WhatsApp group dan Telegram untuk memberi tugasan.

Tugasan dalam talian

Ini pula tugasan harian dari cikgu sekolah.. Tulis dan salin soalan yang diberikan.

Pembelajaran dalam talian melalui applikasi Faceboook live

Pada sebelah malam pula saya mengikuti kelas tusyen dalam talian menggunakan aplikasi Facebook live. Jadual waktu pembelajaran telah disediakan. Segala maklumat cikgu akan salurkan dalam aplikasi Whatsapp.

Begitulah rutin harian saya sepanjang perintah kawalan pergerakan ini. Masa saya banyak dihabiskan dengan mengikuti pembelajaran dalam talian.

Sekian sahaja perkongsian saya. Terima kasih sudi baca.


Regards,




Share:

Thursday, April 16, 2020

Terpaksa Tukar URL Blog

TERPAKSA TUKAR URL BLOG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Saya rasa sedih sangat kerana terpaksa tukar url blog baru dari redzachannelz ke theredzachannelz. Ini semua angkara Facebook dan Instagram yang telah block url redzachannelz. Sedih tau!


Blog lama Redza Channelz

Saya terpaksa tukar url blog sebelum ini sebab url tersebut tak boleh link dengan akaun Facebook dan Instagram saya. Mama saya dah hubungi Facebook Developer's support channel berkali-kali tetapi masalah tetap tak selesai sejak tahun lepas. Tak tahu mana silap.


Followers blog lama

Saya sedih kerana usaha saya selama ini seperti sia-sia. Saya sudah mempunyai 39 orang Followers di blog lama. Walaupun Followers saya tak ramai tapi saya gembira kerana sekurang-kurangnya ada juga bloggers sudi mengikuti blog tersebut. 


Top 5 Commentators

Bukan itu sahaja setiap bulan pasti ada Top 5 Commentators dalam blog lama. Saya juga telah berkenalan dengan beberapa bloggers yang rajin meninggalkan komen di blog lama antaranya atuk Warisan Petani dan Mrs. A serta blogger lain.


Terima kasih sudi komen di blog saya

Pada awalnya saya susah buat keputusan untuk tinggalkan blog tersebut. Mestilah sedih selain ada 39 Followers, pageviews saya pun dah naik ke 6,115. 

Total pageviews blog lama

Bila fikir untuk jangkamasa panjang, saya perlu ambil risiko ini sekarang. Pada saya apa guna saya tak dapat auto post ke Facebook sedangkan ada kemudahan tersebut. Cara itu memudahkan kawan-kawan saya di Facebook tahu post terkini blog saya. Saya tak perlu susah payah copy paste secara manual seperti sebelum ini.

Saya harap tak akan hadapi masalah lagi dengan url blog baru. Blog ini mengisi masa lapang saya sebagai hobi. Saya juga dapat memperbaiki penulisan saya sejak menulis di blog.

Untuk pengetahuan pembaca, saya telah disable blog lama selepas saya copy semua blog posts lama ke blog ini. Malangnya komen-komen yang ditinggalkan dalam post lama tak dapat ikut sama, sedih.

Saya harap bloggers dapat memberi sokongan moral kepada saya. Saya akan blogwalking semula dan Followers blog ini akan saya senaraikan blog mereka di blog ini secara automatik. Harap sudi follow blog dan social media saya semula.

Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada saya. Saya sangat hargai.



Regards,



Share:

Saturday, April 4, 2020

Aktiviti Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

AKTIVITI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 | Sejak awal cuti persekolahan pada 14 Mac 2020 lalu dan sambung pula cuti perintah kawalan pergerakan Covid-19, saya sudah mula membantu mama membuat aktiviti yang biasa dilakukan bersama keluarga di rumah setiap hujung minggu. Saya buat kerja rumah yang ringan sahaja dengan tunjuk ajar mama saya.

Vacuum rumah

Selepas sarapan pagi saya akan membersihkan lantai menggunakan vacuum di bahagian ruang tamu dan bilik. Semasa vacuum saya akan kemas barang-barang yang bersepah dan letak semula ke tempat asal. Saya diajar bahawa setiap barang ada tempat masing-masing.

Cuci kasut sekolah

Selepas vacuum saya akan cuci kasut sekolah atau siram pokok bunga di halaman rumah sementara menunggu mesin basuh berhenti.

Sidai kain

Saya ditugaskan untuk sidai pakaian di luar apabila mesin basuh selesai mencuci. Saya juga sudah pandai menggunakan mesin basuh automatic selepas belajar dengan mama.

Sidai pakaian di luar rumah

Kadang-kadang saya akan cuci pakaian saya sendiri menggunakan mesin basuh tersebut.

Selesai membuat kerja rumah saya akan ulangkaji pelajaran.


Ulangkaji pelajaran

Pada pukul 5.45 petang, saya akan menyapu halaman rumah kerana banyak daun-daun kering masuk ke porch kereta.  

Menyapu halaman rumah

Sebelum perintah kawalan pergerakan ini, saya akan bermain basikal selepas menyapu halaman. Aktiviti begini mengeluarkan peluh dan badan saya akan rasa segar. Saya akan masuk dalam rumah sekitar pukul 6.30 petang kerana dalam waktu tersebut nyamuk aedes berkeliaran. Saya akan mandi dan bersedia tunggu waktu solat Maghrib.

Begitulah aktiviti saya sepanjang perintah kawalan pergerakan Covid-19. Sama-sama kita berdoa supaya wabak ini cepat berlalu pergi kerana ianya merbahaya dan mengancam nyawa.

Terima kasih sudi baca post ini.




Regards,



Share:

Friday, April 3, 2020

First Time Main Bowling

FIRST TIME MAIN BOWLING | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca semua. Bila berkurung begini mula rindu dengan kenangan bersama kawan-kawan. Hari ini saya nak cerita tentang #throwback semasa kali pertama saya bermain bowling. Parents saya tak biasa main bowling. Papa saya tak boleh layan permintaan saya main bowling sebab lengan papa masuk besi sebab kemalangan manakala mama saya tak minat main bowling. So kalau saya nak main bowling kena pujuk Mak Su. Mak Su terror main bowling dan pernah mewakili universiti dalam pertandingan bowling.

Ole Ole Super Bowl Mydin Mall di Seremban 2

Jadi pada 28 Julai 2019 tahun lalu merupakan kali pertama saya bermain bowling sebab itu saya kena cerita dalam blog ini sebagai kenangan. Kawan sekolah saya mengajak saya bermain bowling di pusat bowling Ole Ole Super bowl di Mydin Mall Seremban 2. Mama hantar saya ke sana.

Nama kawan saya Akeef. Dia bosan kerana setiap kali abangnya ada pertandingan bowling, dia pasti duduk termenung teman abang dia berlatih. Bila Akeef mengajak saya bermain bowling, saya beritahu Akeef, saya tak pandai main bowling tetapi dia  setuju untuk mengajar saya.

Akeef sedang mengajar saya cara membuat lontaran

Sebelum bermain bowling, saya perlu memakai kasut bowling khas yang disewa di situ. Saiz kasut saya paling kecil iaitu saiz 4. Akeef pesan supaya bawa stoking sendiri untuk keselesaan.

Lontaran pertama

Itu lontaran pertama saya, hehehe jangan gelak tau. Saya rasa sangat awkward dan kaku tetapi happy. Mujur bola tak masuk longkang.

Bola sedang berguling 

Selepas lontaran pertama saya mula ada keyakinan diri dan bertambah seronok.

Mula ada keyakinan diri

Maka mula tak sabar tunggu giliran.. Ini pula gaya Akeef  yang sudah biasa bermain bowling. Bowling merupakan hobi Akeef sekeluarga.

Akeef sedang menunjukkan gaya tersendiri

Terasa sungguh cepat masa berlalu padahal dah 2 jam. Saya sangat teruja dan rasa ingin repeat semula bermain bowling. Saya lupa ambil gambar jumlah mata terkumpul.

Selepas bermain bowling, saya belanja Akeef makan di A&W sementara tunggu mama fetch me home. Pengalaman ini akan menjadi kenangan hidup saya.

Okay itu sahaja cerita saya.
Terima kasih sudi baca.
Byee...

Regards,

Share:

Wednesday, March 18, 2020

Kasut Nanyang Hitam Trend Terkini

KASUT NANYANG HITAM TREND TERKINI | Cerita tentang kasut memang bukan satu perkara luar biasa pada saya kerana saya suka kumpul kasut tertentu. Blog post kali ini saya buat review tentang kasut sekolah baru saya jenama Nanyang. 

Umum mengetahui bahawa setiap pelajar di sekolah dikehendaki memakai kasut hitam seperti yang disarankan oleh Menteri Pelajaran terdahulu. Begitu juga dengan saya. Saya memakai kasut hitam ke sekolah. 


Kasut hitam jenama Nanyang

Pada awal tahun lalu saya tidak membeli kasut sekolah baru kerana ianya masih dalam keadaan baik. Hampir 3 bulan telah berlalu, sekarang kasut saya sudah lusuh.

Kelmarin iaitu pada 11.03.2020 , mama membelikan saya sepasang kasut sekolah baru. Saya meminta mama belikan kasut hitam jenama Nanyang kerana kasut ini menjadi trend dari kalangan pelajar sebaya di sekolah saya. Harga kasut Nanyang hitam ini RM50.00.

Sepasang kasut sekolah berwarna hitam

Bila saya menyebut jenama 'Nanyang' mama saya rasa hairan kerana menurut mama tak pernah dengar jenama itu. Saya beritahu mama bahawa kasut jenama Nanyang dipakai oleh pasukan pemain sepak takraw Malaysia.

Bahagian dalam kasut Nanyang

Saya suka kasut jenama ini kerana bahagian dalam kasut yang lembut, tak terasa berat apabila dipakai.

Tapak kasut Nanyang

Ini pula bahagian tapak kasut berwarna hijau. Tapak corak begini mampu mencengkam permukaan lantai. Ia mempunyai ciri-ciri keselamatan kepada pemakai iaitu tak mudah tergelincir apabila berjalan di permukaan lantai yang licin.

Cop Nanyang - Made In Thailand

Di bahagian tapak ada cetak jenama Nanyang Made in Thailand.

Kasut hitam sekolah 

Beginilah rupa kasut baru warna hitam jenama Nanyang. Saya tak sabar menunggu hari sekolah esok untuk merasmikan kasut baru ini. Saya sangat gembira kerana impian untuk memiliki kasut Nanyang seperti kawan-kawan lain telah menjadi kenyataan.

Sekian sahaja cerita tentang Kasut Nanyang Hitam.
Saya ucapkan terima kasih kerana sudi baca post saya.



Regards,



Share:

Wednesday, March 11, 2020

Doa Belajar

DOA BELAJAR | Minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi Tahun 6. Peperiksaan ini diadakan bagi menguji tahap pencapaian pelajar menguasai pelajaran sejak dari awal tahun lagi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. Saya sibuk mengulangkaji pelajaran dan menghadiri kelas tambahan. Setakat ini soalan peperiksaan sangat susah.


Doa belajar

Untuk pengetahuan pembaca, setiap kali selesai solat fardhu, saya akan berdoa kepada Allah supaya buka pintu hati saya menerima ilmu dengan mudah semasa belajar dan permudahkan saya menjawab soalan peperiksaan.

Saya sudah usaha dan buat yang terbaik. Jika keputusan peperiksaan saya kali ini tidak memuaskan nampaknya saya perlu tingkatkan usaha.

Saya harap pembaca blog ini dapat mendoakan kejayaan saya.
Terima kasih sudi singgah dan baca post ini..
Esok saya menduduki peperiksaan Sains dan Pendidikan Islam..
Saya kena sambung belajar semula, bye..



Regards,

Share:

Friday, March 6, 2020

The Book Garden Stationery Haul

THE BOOK GARDEN STATIONERY HAUL | Salam Sejahtera kepada semua pembaca.. Hari Rabu kelmarin saya ke The Book Garden iaitu sebuah bookstore popular di Seremban. Bookstore ini terletak di Seremban Gateway.

Tujuan saya ke bookstore untuk mencari stationery kerana saya akan menduduki peperiksaan awal tahun pada minggu hadapan manakala peperiksaan UPSR tahun ini. Jadi saya ingin melengkapkan segala keperluan alat tulis.

It's me @ The Book Garden Seremban Gateway

So post kali ini saya berkongsi stationery haul dari The Book Garden. Sebelum itu jika ada pembaca tidak tahu apa maksud 'haul'? Boleh rujuk di bawah ini :

What does "haul" mean in YouTube?

Specific to YouTube, "haul" or video haul" refers to a type of video where the person reviews or discusses the items that they bought or received as a gift (sometimes from sponsors).- www.quora.com

Collectively, all of the products bought on a shopping trip.

Stationery haul

Saya teringin mempunyai koleksi pen bermacam-macam jenis dan warna seperti koleksi stationery mama saya.

Basic stationery for beginner

Jadi saya beli beberapa stationery asas seperti di atas sebagai permulaan koleksi alat tulis saya. Saya beli alatulis jenama Faber-Castell untuk pen dan pensil, Stabilo untuk highlighters dan marker dari jenama Artline manakala gam dari jenama Dolphin. Pembaris dan cellophane tape atau pita pelekat saya pilih secara random sahaja..

Pencil case

Ini pula pencil case saya.. Sebelum ini saya guna pencil case kecil jadi ruang juga terhad. Saya suka pencil case ini bukan sahaja kerana saiz yang sesuai tetapi transparent, mudah saya cari alat tulis yang terdapat di dalamnya. 


My stationery collection

Inilah pencil case baru saya.. Saya tak perlu risau ianya tercicir kerana saiz bekas ini besar dan mudah dibawa. Saya harap dapat mengotakan janji saya untuk menjaga semua alat tulis ini dengan baik.



Regards,



Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com