A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Sunday, June 9, 2019

Salam Aidilfitri 2019

SALAM AIDILFITRI 2019 | Salam Aidilfitri semua.. Semalam saya balik ke Seremban selepas bercuti di kampung.. Kampung saya di Muar, Johor. Hari Raya pertama selepas sembahyang Hari Raya saya bertolak ke kampung. Tiba di kampung pukul 10.30 pagi.. Tahun ini raya pertama saya ke rumah nenek sebelah papa dahulu. Cuti raya tahun ini tak lama jadi saya hanya menghabiskan masa berhari raya ke rumah saudara-mara di kampung.. Ziarah pakcik dan makcik terdekat sahaja sebelum balik ke Seremban semalam..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Redza Channelz
Seperti biasa budaya kunjung mengunjung ke rumah sanak-saudara dan pemberian duit raya sudah menjadi tradisi masyarakat kita sempena Hari Raya. Saya juga tak terkecuali menerima duit raya.. Setiap pemberian duit raya saya terima dengan rasa syukur dan terima kasih tak kiralah berapa nilainya.

Duit raya
Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan-kawan saya, saudara-mara dan semua yang mengenali diri saya..

Betulkah raya sebulan sebab puasa sebulan? Perkara ini saya kurang pasti.. Ada sesiapa antara pembaca boleh sahkan?

Akhir kata, terima kasih kerana sudi singgah di blog ini..



Regards,



Share:

0 Comments:

Post a Comment

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com