A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Saturday, August 19, 2023

Review Jujur Seoul Garden Korbi Grill @ MyTown

REVIEW JUJUR SEOUL GARDEN KORBI GRILL @ MYTOWN | Hari Ahad lalu saya dan keluarga pergi berjalan-jalan di MyTown Shopping Centre. Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke shopping mall yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Tiba di sana lebih kurang pukul 2.45 petang, perut pun lapar sebab masih belum makan tengah hari. Saya terpandang restaurant Korea ini. Kebetulan kami sekeluarga suka makan di Seoul Garden Hotpot, jadi kami pun masuk ke restoran ni yang ala-ala Seoul Garden Hotpot. Nama restoran ni Seoul Garden Korbi Grill. Saya tak tahu pula Seoul Garden ada restoran lain selain Hotpot. Beza restoran ini dengan Seoul Garden Hotpot ialah terdapat ruang grill seperti di Seoul Garden Restaurant. Memang tepat pada waktu, sesuai sangat lunch di sini.

Seoul Garden Korbi Grill

Masuk sahaja ke dalam restoran, saya mencari tempat duduk yang strategik dan selesa. Tak lama, datang waitress membawa menu.. Waitress pun peramah, sempat menerangkan menu yang ditawarkan di restoran ini. Sangat membantu saya sekeluarga yang baru pertama kali makan di sini.

Menu Seoul Garden Korbi Grill

Saya membelek-belek menu satu-persatu.. Kami sepakat memesan Signature Set jenis Buddy Grill Set. Menu ini untuk 2 orang, lengkap dengan beef chicken grill set, kimchi chicken hot pot, hot and spicy chicken wings - 3 ketul, semangkuk nasi, 2 jenis minuman iaitu Apple Tea and Lemon Mint Tea sejuk. Mama hanya tambah 2 mangkuk sahaja nasi dan sup daging kimchi. Cukuplah untuk kami bertiga.

Signature Set - Buddy Grill Set


Signature Set
Order submitted

Waktu menunggu tak lama, waitress datang dengan pesanan.. Happy face tengok makanan sampai satu-persatu sebab lapar teruk..

Salad, shitake, kimchi dan nasi
Beef and chicken grill set serta sambal
Kimchi
Hot and spicy wing sticks
Beef hot pot

Bila semua pesanan cukup di atas meja, maka kami memulakan sesi panggang-memanggang..

Beef and chicken grill

Satu-persatu beef dan chicken tersusun untuk dipanggang. Sambil tunggu daging masak, saya makan chicken wing dulu, rasa sedap pedas manis.. hirup kimchi sup kemudian ratah daging yang sudah masak..

First time grill suhu pemangang agak panas jadi bahagian bawah daging hangus.. percubaan kali kedua baru dapat sesuaikan suhu so daging tak hangus lagi... Daging fresh, juicy memang sedap ditambah sos perapan dan cili, fuhhh mantap!

Habis..

Kami berjaya menghabiskan semua makanan yang dipesan, just nice tak membazir. Bila perut kenyang baru boleh berjalan seluruh mall hingga ke Ikea Cheras yang terletak bersebelahan bangunan..

Overall kepada penggemar makanan Korea konsep steamboat, hot pot and grill saya recommend restoran ni. Rasa sedap, tak pedas sangat dan menepati selera saya sekeluarga.. Jangkamasa menunggu tak lama. Best dan pasti kami sekeluarga akan repeat.

Begitulah review jujur saya selepas makan di Seoul Garden Korbi Grill di MyTown Shopping Centre.. Ada antara pembaca pernah makan di sini? atau penggemar makanan Korea? Boleh share pengalaman di ruang komen..  Okay, kita jumpa lagi di post akan datang. 


Regards,

Share:

Monday, July 24, 2023

Review : Restoran Kaki Kambing 66

REVIEW : RESTORAN KAKI KAMBING 66 | Don't under estimate the power of kaki kambing hehehe.. First of all terima kasih sudi singgah di blog saya.. Post kali ini saya nak buat review tentang Restoran Kaki Kambing 66 yang terletak di Jalan Idaman Villa 1A, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Restoran Kaki Kambing 66

Sejak saya berumur 12 tahun, saya tahu tempat ni tapi baru sekarang parents saya datang makan di sini.. Ini kerana mama belum terbuka hati untuk makan di sini risau dihidangkan kaki kambing.. Mama sangat particular bab makanan so saya akur dengan keputusan mama..

Hari ini bila mama tiba di rumah pulang dari pejabat, mama beritahu saya ingin makan malam di Restoran Kaki Kambing 66.. Saya agak terkejut sebab tiba-tiba mama ubah pendirian. Mama kata kawan mama dah pergi makan dan ternyata sedap so mama nak cuba sendiri.

Maka hari ini saya makan malam di sini bersama keluarga.. First impression ketika sampai keadaan restoran biasa sahaja, tiada yang menarik dari segi hiasan. Tambahan pula orang tak ramai, saya agak cuak.. Betul kaa sedap?

Bila kami dapat menu, saya agak terkejut kerana pelbagai jenis makanan ada di sini.. Kawan mama recommend nasi lemak ayam goreng berempah dan sup kambing.. Of course makanan berasaskan kambing sebab nama pun Restoran Kaki Kambing kann...

Saya pesan nasi lemak telur mata sebab tak terasa sangat nak makan berat..

Nasi lemak telur mata

Papa pesan nasi lemak ayam goreng berempah..

Nasi lemak ayam goreng berempah

Sementara mama pesan set sup gearbox kambing.. Set ni beserta nasi dan ulam..

Sup gearbox kambing

Nasi putih, ulam dan sambal 

Minuman pula saya pesan horlick ais manakala papa dan mama teh ais..

Bila makanan sampai, saya rasa sesudu nasi, memang sedap. Nasi lembut, terasa santan dan secara spontan saya kat wow sedap.. Papa pun cakap sedap. Saya makan ayam goreng berempah papa pesan, garing dan rasa rempah meresap dalam daging ayam.. Fuh mantap!

Saya pun rasa sup gearbox memang sedap, cukup segala rempah, langsung takde bau kambing.. Daging kambing yang melekat pada tulang mudah ditarik dengan garfu, lembut.. Overall saya recommend restoran ini untuk pembaca datang dan cuba sendiri..

Untuk maklumat lanjut boleh juga search di Google baca review dari pengunjung restoran sebelum ni.. Kebanyakkan review rate 5 bintang.. 

Berikut antara review yang dinyatakan:

Review Restoran Kaki Kambing 66 di Google

Untuk makluman restoran ini dibuka pada pukul 12.30 tengah hari dan tutup pada 10.00 malam - sila check waktu operasi dari semasa ke semasa.. Jadi andai ada di antara pembaca ingin cuba makan di sini sangat dialu-alukan.. Kena cuba sendiri baru puas hati terutama kepada penggemar daging kambing..


Boleh repeat lain kali tambahan pula dekat dengan rumah saya.. Okay sekian sahaja post saya kali ini.. Jumpa lagi di lain kali.  

Regards,



Share:

Wednesday, April 12, 2023

GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN KELAS

GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN KELAS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.. Hari ini sudah masuk hari ke-21 dalam bulan Ramadan. Pada 7 April 2023 lalu sekolah saya telah mengadakan program gotong-royong membersihkan kelas. Saya diamanahkan untuk mengetuai program gotong-royong ini untuk kelas saya.

Rakan-rakan sekelas

Program dimulakan dengan menubuhkan beberapa kumpulan kecil. Seterusnya sesi pembahagian tugas kepada setiap kumpulan. Guru kelas meminta pelajar supaya memilih warna tema kelas. Saya memilih warna kelabu sebagai tema kelas dan ianya dipersetujui o. Saya meminta izin mama untuk membawa langsir dari rumah, tapi kecewa sebab langsir tersebut tidak dapat dipasang kerana terlalu labuh. Jadi saya terpaksa mengukur dahulu sebelum langsir labuh tadi dihantar ke kedai untuk alter.

Rakan sekelas mengelap cermin tingkap

Rakan sekelas mengelap cermin tingkap

Pelajar perempuan menyapu sampah

Selain itu, rakan-rakan sekelas bergotong-royong membersihkan tingkap dan menyapu classroom. Ada juga sebahagian pelajar sibuk mendecor papan kenyataan supaya lebih ceria.

Pelajar lelaki sedang mendecor papan kenyataan

Para pelajar bersama-sama membuat decor kelas

Walaupun letih tapi saya gembira kerana kelas saya cantik dan bertambah ceria. Guru kelas saya juga menghargai hasil usaha kami. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang program gotong-royong ini.

Kata-kata penghargaan dari guru kelas

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.


Regards,
Share:

Thursday, March 23, 2023

Salam Ramadan 1444H / 2023M

SALAM RAMADAN 1444H / 2023M | Salam Ramadan dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog saya.. Marhaban Ya Ramadan, berjumpa kita dalam bulan yang penuh barakah. 

Ramadan 1444H

Sabda Rasulullah SAW : 

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa"

Ucapan Ramadan Kareem
Apabila seseorang memberikan ucapan Ramadan Kareem sebaiknya kita jawab dengan ucapan "Allahu Akram" (bermaksud "Sesungguhnya Allah yang memuliakannya").

Selamat berpuasa diucapkan.. Semoga puasa dan segala amalan kita diterima olehNya..


Regards,

Share:

Sunday, September 18, 2022

Cerita Hujung Minggu ke The Gasket Alley Petaling Jaya

CERITA HUJUNG MINGGU KE THE GASKET ALLEY PETALING JAYA | Hujung minggu tiba lagi, kali ini cuti agak panjang iaitu sejak hari Jumaat (16 September 2022) lalu sempena menyambut Hari Malaysia.. Sehari suntuk duduk di rumah sejak hari Jumaat, maka saya mencadangkan kepada papa untuk ke The Gasket Alley yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya.

The Gasket Alley

Cuaca ada hari Sabtu (17 September 2022) agak sejuk sebab hujan renyai-renyai sejak awak pagi. Perjalanan kali ini tanpa dirancang kerana idea untuk ke sini datang secara spontan apabila mama takde idea untuk pergi berjalan-jalan. Tiba-tiba nama The Gasket Alley muncul di fikiran saya. Saya ada terlihat gambar-gambar menarik tempat ini di Instagram tapi saya tak pasti apa yang terdapat di situ.

Jalan jam disebabkan kemalangan

Mama kata, kalau ingin berjalan-jalan pastikan bukan shopping mall, kalau boleh tempat baru yang tak pernah dikunjungi dan ada tempat makan menarik. Ciri-ciri itu ada di sini. Kami bertolak dari Seremban pukul 12.30 tengah hari dan tiba di sana dalam pukul 2.15 petang kerana jalan jam disebabkan kemalangan jalanraya.

Range Rover

Teruja saya bila tiba di sini.. Pemandangan pertama saya lihat sebuah Range Rover lama berwarna hijau. Mungkin ada cerita di sebalik Range Rover ini sebab itu ia dipamerkan di sini. 

Cawangan Harley-Davidson di Petaling Jaya

Tak jauh dari Range Rover tersebut ada sebuah kedai Harley-Davidson iaitu jenama motorsikal Amerika yang menjual perkakasan, pakaian dan barang-barang berkaitan jenama ini.. Motorsikal Harley-Davidson juga ada dijual di sini. Saya tertarik dengan motor Harley-Davidson yang dipamerkan di sini. Motorsikal Harley-Davidson nampak mewah dan bergaya. 

#ootd

Saya juga tidak melepaskan peluang bergambar di salah sebuah kedai menjual pakaian. Bila lihat gambar ini, saya agak terkilan kerana tidak mengambil gambar kenangan di sebelah motor Harley-Davidson tadi. 


Cafe di The Gasket Alley

Di sini ada beberapa kedai menjual pakaian dan kasut, tak lupa juga cafe menjual snek. Saya tak pasti nama restaurant tersebut tetapi salah satu daripadanya Ramen Bar Shi Shi Do. Semua restaurant atau cafe ini tidak halal.

Kawasan The Gaskey Alley ini tak luas, jadi dalam tempoh 15 minit sahaja saya sekeluarga habis ronda keseluruhan tempat. Pada pendapat saya tempat ini sesuai sebagai instagrammable spot sahaja. Alangkah baik kalau ada cafe lain yang menghidangkan makanan halal.

Selepas itu, kami mencari tempat makan di Kelana Jaya dan terus bertolak balik ke Seremban lebih kurang pukul 5.30 petang.


Share:

Sunday, May 15, 2022

Sambutan Hari Lahir ke-14

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Untuk pengetahuan pembaca, pada 14 Mei 2022 lalu merupakan hari lahir saya ke-14. Saya sambut secara sederhana bersama keluarga tetapi beza sambutan hari lahir saya tahun ini maksu saya ada bersama meraikan hari lahir saya..

Birthday cake

Maksu saya datang ke rumah untuk berhari raya dan dalam masa yang sama meraikan sambutan hari lahir saya. 

Happy Birthday to me

Sepertimana sambutan hari lahir sebelum ini, saya membeli kek di Baker's Cottage. Kek kegemaran saya tentulah kek coklat dan paling istimewa ada dua bar KitKat di atas kek, hehehe..


Begitulah serba ringkas sambutan hari lahir saya ke-14 tahun ini. 
Share:

Wednesday, May 4, 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H / 2022M

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2022M | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua.. Maaf Zahir & Batin.. 1 Syawal 1443H tahun ini jatuh pada 2 Mei 2022.. Ramai orang terkejut kerana tak sangka raya mengejut. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022M

Kali ini sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah sebab 2 tahun tak beraya di kampung. Setiap tahun saya akan tertunggu-tunggu dengan tema baju raya keluarga. Tahun ini saya memakai baju Melayu warna hijau muda..  

Baju raya warna hijau muda

Rutin saya bila tiba Hari Raya, selepas solat sunat pagi raya saya sekeluarga bertolak dari Seremban ke kampung ibu bapa saya di Muar. Juadah pagi raya pula saya suka ketupat, lemang dan rendang.. Saya suka makan masakan pagi raya di kampung. Pada sebelah malam saya bermain mercun dan bunga api bersama sepupu.

Raya tahun ini seronok sangat.. Saya dapat berkunjung ke rumah saudara-mara tapi masih kena mengekalkan SOP kerana Covid masih ada.. 

Setakat ini sahaja cerita saya.. Apa warna tema baju dan makanan hari raya kegemaran pembaca semua? Boleh kongsi dengan saya di ruangan komen.. Terima kasih.. 
Share:

Monday, September 27, 2021

Baju Uniqlo Koleksi Jujutsu Kaisen Limited Edition

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Penulisan blog kali ini, saya ingin menceritakan berkongsi cerita saya bersama keluarga pergi bejalan-jalan di AEON Mall, Nilai pada hari Sabtu, 18 September 2021 lalu. Setiap hujung minggu, saya dan keluarga akan merancang untuk keluar bersiar-siar bagi mengisi masa lapang. Walaupun masih cuak untuk keluar ke shopping mall tapi saya tawakal asalkan sentiasa disiplin dan patuh kepada SOP. 

Baju Uniqlo edisi terhad

Kami bertolak pada pukul 11.30 pagi untuk mengelakkan orang ramai dan tiba di sana lebih kurang pukul 12.15 tengah hari. Ketika itu masih belum ramai orang.. Apabila tiba di sana, mama membawa saya ke Uniqlo kerana ianya bertentangan dengan pintu masuk AEON Mall Nilai dan ianya adalah outlet kegemaran kami. 

MySejahtera

Sebelum memasuki outlet Uniqlo kami dikehendaki scan MySejahtera dan mengambil suhu badan diambil terlebih dahulu. Pekerja di situ mengarahkan kami memakai sarung tangan plastik untuk mengelak kuman atau virus. 

Rambang mata memilih baju di Uniqlo

Saya dan papa pergi mencari pakaian di bahagian lelaki manakala mama ke bahagian wanita. Kebetulan saya ingin mencari baju kerana semua baju saya sudah sempit. Semasa PKP saya asyik makan, belajar dan tidur. Saya kurang buat melakukan senaman sebab itu berat badan saya cepat naik.

Baju idaman saya koleksi Jujutsu Kaisen

Saya sudah lama memang ingin memiliki baju di Uniqlo. Kali ini saya ingin baju dari edisi terhad koleksi anime Jujutsu Kaisen. Selama ini saya hanya dapat lihat di website tetapi kebanyakkan saiz saya telah habis dijual. Apabila saya cari di Uniqlo, saya rasa gembira kerana baju saya idamkan ada di sana.

Kedua-dua baju yang saya pegang dalam gambar di atas adalah baju idaman saya. Baju berwarna hitam itu berharga  RM59.90 manakala baju berwarna kelabu berharga RM39.90.

Credit to Uniqlo website

Saya agak rambang mata memilih baju yang ada di sana kerana semua baju tersebut cantik-cantik belaka. Akhirnya saya terpaksa membuat pilihan. Saya pilih 2 helai baju tersebut.

AIRism mask by Uniqlo 

Bukan sahaja baju, saya juga tidak lupa untuk membeli AIRism mask berharga RM39.90 sebagai persediaan menghadapi kerana sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi memandangkan Negeri Sembilan sudah memasuki Fasa-4.
Ini adalah bahagian hadapan kedua-dua baju yang saya pilih

Selepas membuat pilihan muktamad, saya terus menuju ke kaunter bayaran. Papa memberi saya duit dan saya sendiri membuat pembayaran di kaunter.

Beratur untuk membuat bayaran

Semasa beratur ingin untuk membuat bayaran, saya juga memastikan jarak antara pelanggan lain di hadapan berpandukan tanda yang terdapat di lantai.

Tiba giliran membuat bayaran

Tibalah giliran saya membuat bayaran.. 


Baju Uniqlo koleksi Jujutsu Kaisen Limited Edition

Saya sangat happy gembira kerana dapat membeli baju-baju ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada mama dan papa kerana merealisasikan impian saya untuk memiliki baju edisi terhad Jujutsu Kaisen. 

Selepas ke Uniqlo barulah kami ke H&M, Kaison dan Diaso. Kami hanya ke outlet tertentu sahaja untuk mengelakkan orang ramai. Okay, sampai di sini sahaja cerita saya bersiar-siar di AEON Mall Nilai dan membeli baju di Uniqlo. Terima kasih kerana sudi baca blog saya. 


Regards,



Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com